Entri Populer

Tampilkan postingan dengan label Cake In Jar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cake In Jar. Tampilkan semua postingan

Kamis, 07 Februari 2013

Red Velvet Cake In A Jar, Door Gift Istimewa Buat Tetamu





Selain Rainbow cake yang moist dan cantik berwarna warni, Red Velvet juga cantik dibakar di dalam jar dan dihias cantik sebagai pemberian kepada tetamu. Saya memang penggemar kek Red Velvet yang mempunyai perisa coklat dan sangat lembab sejak dahulu lagi. Maklumbalas yang diterima dari tetamu kami yang menerima cake in jar semasa majlis pertunangan Nana yang rata rata gembira dengan keunikannya menyebabkan saya hari ini menyediakan kek Red Velvet pula di dalam jar.




Ada pelbagai jenis pembuatan kek in jars, ada yang dibakar di dalam bekas muffin dan kemudian dipotong dan dimasukkan ke dalam jar dan ada pula yang terus dibakar di dalam jar. Saya memilih cara kedua di mana ianya dibakar di dalam jar. Selain nampak lebih kemas, ianya juga lebih "real" berbanding dengan cara pertama. Lebih mengujakan walaupun ianya lebih remeh dan rumit. Saya pasti orang yang menerimanya juga lebih teruja dengan cara kedua.

Jika mempunyai majlis di rumah seperti majlis pertunangan, majlis nikah atau harijadi, apa kata diberikan Red Velvet Cake In A Jar sebagai buah tangan. Pemberian yang unik ini, lebih lebih lagi jika pertama kali mereka menerima gift seumpama ini, pasti akan dikenang sampai bila bila.

Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com.






Kamis, 24 Januari 2013

Rainbow Cake In Jars Tempahan Dari Puan Maz








Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog Azie Kitchen. Ini adalah tempahan pertama yang saya terima untuk Cake In Jars. Tempahan diterima dari Puan Maz untuk diberikan kepada kawan kawan sekolah anak beliau. Dari hari sabtu lagi, saya dan anak anak mula mencari jar dan bahan bahan lain yang diperlukan. Maklumlah tempahan perlu disiapkan pada hari cuti sempena Maulidur Rasul. Ini bererti kek perlu mula dibakar sebelah petang dan malam sehari sebelumnya. Saya tidak mahu menyediakan kek terlalu awal bagi memastikan ianya masih fresh. Lagi pulak, beberapa hari selepas itu, saya menerima tempahan Vanilla Butter Cupcake dan Red Velvet Cupcake. Jadi saya kena memastikan semua bahan bahan adalah cukup dan tersedia dikuatiri kedai ditutup sempena hari kelepasan dan cuti yang panjang.






Manusia merancang namun Allah yang menentukan, semasa sedang menyediakan kek ini, kami mendapat berita yang Bonda Mertua telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7 petang hari Rabu, menyebabkan kami meninggalkan kerja kerja membakar kek dan menyambungnya semula pukul 2 pagi tadi sekembali dari Rawang. Nasib baik anak anak semua saling tolong menolong menyiapkan kek ini termasuk meletakkan riben dan sudunya. Bayangkan kami masuk tidur pukul 4.30 pagi dan pagi pagi lagi perlu ke Rawang untuk upacara pengkebumian. Itu pun tak siap sepenuhnya, selepas balik dari upacara pengkebumian sebelah tengahari, kami sambung semula kerja meletak frosting.  






Saya sangat menyukai Kek Rainbow yang moist, berwarna warni, serta mempunyai perisa ekstrak vanilla asli serta butter asli yang sangat sedap. Serius saya menyukai sesuatu yang plain dan simple dalam apa apa jua pilihan saya. Akhir sekali, terima kasih kepada Puan Maz kerana memberi kepercayaaan kepada saya untuk menyiapkan kek anakanda beliau. Semoga Puan Maz berpuashati dan maaf atas segala kekurangan yang ada.








Kamis, 03 Januari 2013

Projek Cake In A Jar






The Making Of Rainbow Cake In A Jar. Haa dalam entri ini saya nak kongsikan proses penyediaan Rainbow Cake In A Jar. Entri ini ialah entri tahun lepas sempena pertunangan Nana tetapi saya menyimpannya untuk disiarkan dalam tahun 2013. Projek bermula dengan saya bersama Nelly dan Juita pagi pagi lagi telah keluar dari rumah. Misinya adalah untuk mencari kedai yang menjual jar. Selepas bersarapan di gerai bawah khemah yang menjual nasi lemak kukus yang tidak ada rasa nasi lemak langsung dan ayam rendang yang tidak punya rasa rendang sama sekali, kami terus bertolak ke USJ untuk mengambil chocolate Ferero Rocher dan seterusnya ke Puchong. Dalam hati merungut rungut kerana rasanya tidak adil sekali orang yang tidak pandai memasak nasi lemak tetapi menjual nasi lemak. Rasa tak berbaloi dengan duit yang dibayar.






Berdasarkan panduan yang diberi oleh staf di Quality Pack, kami membilang bilangan traffic light. Seronok dan puashati kerana akhirnya saya menemui kedai yang menjual jar yang dicari cari selama ini. Ada 2 saiz jar yang mempunyai muatan sama, di mana satu lebih kecil tetapi tinggi dan satu lebih rendah. Begitu juga penutupnya, ada yang berwarna gold dan ada yang berwarna putih.





 
Sesampai di rumah, kami mula membasuh dan mengelap kering jar berkenaan sebelum boleh digunakan. Seperti yang dirancang, kami menyediakan Rainbow Cake yang lebih ceria dengan warna warni yang tersusun di sekeliling jar. Boleh juga disediakan Red Velvet Cake atau Chocolate Cake di dalam jar ini. Bagi memastikan warna kek yang cantik terhasil, kami menggunakan pewarna gel. Setelah adunan dibancuh, adunan telah dibahagikan kepada 7 warna dan dimasukkan ke dalam piping bag bagi memudahkan adunan dipicit ke dalam jar. Adunan mesti dipipe supaya mengena keliling jar. Jar tidak perlu dispray kerana kek akan terus dimakan dari jar dengan menggunakan sudu yang disediakan.




 

Setelah siap di pipe, jar disusun ke dalam dulang berisi air panas kerana kek ini akan dibakar secara water bath. Haaa tengok selepas dikeluarkan dari oven, kek disejukkan terlebih dahulu sebelum dipipe dengan frosting yang disukai. Jika kek naik tinggi, kita boleh sudukan keluar sebahagiannya bagi memberi ruang untuk dimasukkan frosting dan ditutup.





Haaa itulah ceritanya penyediaan Kek In A Jar yang saya rancang sekian lama sebagai door gift untuk majlis di Villa Nur Qaseh. Saya memilih untuk menyediakan kek di dalam jar untuk memberi kelainan dari kek cawan atau kek biasa yang dipotong kecil dsb. Seriously rasanya sangat moist dan satu pengalaman baru yang menyeronokkan bila dapat menikmati Cake In A Jar.... So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Cakes In Jars, bolehlah menghubungi kami. Sesuai untuk majlis kecil kecilan buat si kecil juga....

 




Label