Entri Populer

Tampilkan postingan dengan label Kek Butter. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kek Butter. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 02 Februari 2013

Vanilla Cupcakes: Yang Mana Satu Pilihan Hati






Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini yang saya akan menulis berkenaan perbandingan dua resepi Vanilla Cupcake yang sama sama hebat dan terhangat di seluruh dunia. Maklumbalas yang diberi untuk kedua dua resepi adalah sangat memberangsangkan dengan melebihi 500 orang telah menulis pengalaman masing masing. Pada awalnya saya hanya membuat cupcake menggunakan resepi Perfect Vanilla Cupcakes di SINI namun bila dilihat jumlahnya tidak mencukupi untuk memenuhi jumlah tempahan, saya terus membancuh lagi satu adunan. Tetapi kepala cepat sahaja berfikir dari membancuh menggunakan resepi yang sama, baik dicuba resepi yang lain pulak. Itu yang terus saya membuat menggunakan resepi dari The Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes di SINI yang juga telah lama dalam simpanan.

Jom tengok hasilnya di bawah ini..





Mula mula kita tengok resepi Perfect Vanilla Cupcake yang telah terhasil dari percubaan demi percubaan yang dibuat  semata mata  untuk menghasilkan Vanilla Cupcakes yang perfect. Itu sebab dinamakan Perfect Vanilla Cupcake. Cupcake yang terhasil juga sangat cantik dengan permukaannya yang cantik membukit. Walaubagaimanapun, lapisan atas permukaan kek nampak seperti menggerutu  sedikit. Namun begitu, tekstur kek ini sangat gebu, fluffy dan moist. Sedap dan sangat sedap. Nana yang diminta membuat test antara  keduanya, juga menyukai kek ini.




Yang ini pulak resepi Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes yang juga terhangat dan terkenal di kalangan penggemar Vanilla cupcakes. Semasa sedang dibakar di dalam oven, kelihatan yang ianya mengembang tapi tidak meninggi. Hasilnya permukaan kek lebih rata dan lapisan atasnya sangat lembut dan licin gebu. Tekstur kek ini juga sangat sedap, gebu dan fluffy serta moist. 






Akhir sekali, saya nak tunjukkan resepi Vanilla Cupcakes yang saya namakan sebagai Super Delicious and Easy Vanilla Cupcakes di SINI. Resepi ini juga sangat sangat sedap, gebu, fluffy dan masih moist. Permukaan kek ini meleper rata di cawan kertas, permukaannya halus bak sutera giteww. Melampau lah pulak si Azie ni, ade ke permukaan kek disamakan dengan sutera. Sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis, sebab licinnya bila disentuh. Tekstur keknya juga sangat halus.







Pada kesimpulannya, ketiga tiga cupcake ini sama sahaja sedapnya, sama sahaja gebu dan moistnya dan agak sukar untuk membuat pilihan mana satu yang disukai. Cuma kalau dilihat kepada kejadian kesemuanya, resepi Perfect Vanilla Cupcake lebih cantik dan perfect selayak dengan nama yang diberi. Lepas ni, tak mahu lagi mencari resepi Vanilla Cupcakes yang baru sebab nanti ianya membuatkan saya menjadi lagi keliru, sedangkan resepi yang ada ini, semuanya yang terbaik pada selera saya.


Kamis, 31 Januari 2013

Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes Untuk Tempahan






Sebelum bercerita mengenai masakan, saya ingin memberi peringatan pada kawan kawan semua terutamanya pengguna akaun hotmail. Bangun pagi ini, saya mendapati ada email yang kononnya dari Window Live Services yang bertajuk Reset Alert Confirmation 2013. Antara lain email itu meminta kita memberikan password untuk mengelakkan email dari ditutup. Jangan layan email sebegini. Saya pernah terkena beberapa tahun yang lalu, disebabkan kejahilan dan kebingungan sebaik bangun dari tidur, saya telah memberi password dan lain lain maklumat diminta. Akhirnya email saya digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab di mana dia telah menghantar email seolah saya memohon bantuan kewangan kepada semua contact di dalam email saya. Saya terpaksa membuat laporan polis dan melaporkan kepada pihak hotmail. Tetapi sangat memakan masa. Apabila saya berjaya mendapatkan semula password yang di reset oleh pihak hotmail, saya dapati mereka telah menukar alternate email address juga. Yang pastinya kerja geng geng negro. Jadi berhati hati dan berhati hati.

OK sekarang nak sambung sedikit lagi berkenaan dengan resepi Vanilla Cupcakes yang telah saya sediakan untuk tempahan pada hari selasa lepas. Setelah melihat Perfect Vanilla Cupcakes di SINI yang telah dimasukkan ke dalam cawan kertas tidak mencukupi dengan bilangan cupcake yang ditempah, saya terus membuat keputusan untuk membancuh menggunakan resepi dari Crabapple Bakery pula. Tujuannya ialah supaya saya dapat membuat perbandingan antara keduanya. Saya akan membuat entri berkenaan perbandingan antara kedua resepi apabila saya telah punya sedikit kelapangan masa.








Pada saya resepi ini juga sangat sedap, moist dan fluffy. Permukaannya agak licin dan tidak naik tinggi sebaliknya kembang meleper. Hmm sangat sedap dan sesuai dengan selera saya yang memang gemarkan kek berasaskan butter dan vanilla. Penggunaan butter dan vanilla asli juga menjadikan kek ini sangat harum dan wangi. Pastinya menambah keenakan kek Vanilla Butter ini. Satu adunan menghasilkan 24 cupcakes. Tapi saya hanya membancuh setengah adunan bagi mencukupkan kek yang di order dan seperti kebiasaannya lebihan kek, jika ada akan diberi secara percuma sahaja.

Jom kita tengok resepi ini pula. Nantikan entri saya berkenaan dengan perbandingan antara kedua resepi Vanilla Cupcake yang telah saya sediakan ini....






The Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes
Oleh : Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 3/4 cawan tepung gandum (300 gram)
2 sk baking powder
200g unsalted butter - lembut
1 3/4 cawan gula kaster (163 gram)
4 biji telur 
1 sb vanilla extract
1 cawan susu

Panaskan oven pada suhu 170C.  Letak cawan kertas dalam loyang muffin. 

Ayak bersama sama tepung dan baking powder. Di dalam mangkuk lain, putar butter selama 1-2 minit.

Masukkan gula kaster 1/3 dalam satu masa dan terus diputar selama 2 minit selepas setiap kali memasukkannya. 

Akhir sekali, putar sehingga gula sebati dan adunan menjadi ringan dan gebu.

Masukkan telur sebiji dalam satu masa dan putar selama 1 minit setiap kali pada kelajuan perlahan sehingga sebati.

Masukkan 1/3 tepung dan diikuti dengan 1/2 susu. Ulang proses serta akhir sekali, masukkan baki 1/3 tepung dan putar hingga sebati. Namun begitu, jangan pulak terlebih putar hingga adunan menjadi keras.

Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3 penih sahaja. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak. 

Keluarkan cupcake dari loyang serta merta dan sejukkan atas wire rack selama 30 minit sebelum diletakkan frosting.


Vanilla buttercream

250 grams unsalted butter - potong kiub
3 cawan gula ising - ayak cups 
2 sb susu
1 sk vanilla extract

Putar butter sehingga menjadi putih dan ringan. 

Tambahkan gula sebanyak 1 sudu besar dalam satu masa dan terus diputar setiap kali memasukkannya. Putar sehingga acunan gebu dan ringan selama 5-6 minit.

Panaskan susu di dalam microvave sehingga agak suam. Masukkan butter dan pukul dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit. Masukkan vanilla dan kacau sebati. Pipe di atas kek yang telah disejukkan.






Senin, 28 Januari 2013

Perfect Vanilla Cupcakes Tempahan









Sesungguhnya Allah lah yang memberi rezeki dengan adil kerana Allah Maha Adil. Adil di sini bukan bererti sama untuk semua orang tetapi memberi mengikut kelayakan masing masing. Siapa yang layak mengukur kelayakan seseorang? Bukan kita manusia tetapi hanya Allah yang menentukan kelayakan masing masing. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri supaya tidak berkeluh kesah. Jika kita tidak diberi sesuatu, pasti sekali kerana ianya bukan yang baik untuk kita dan kita akan diberikan dengan sesuatu yang lebih baik. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha dan bertawakkal. Hanya ini yang saya ingin coretkan supaya saya lebih tenang menjalani hari hari mendatang. Perkara ini bukanlah perkara baru tetapi sebagai manusia yang lemah, kita perlu diperingatkan dari masa ke masa. Need to reinforce.

Kali ini di samping mendapat tempahan untuk Red Velvet Cupcake lagi, kami juga mendapat tempahan untuk Vanilla Butter Cupcake pula untuk majlis makan makan di pejabat. Walaupun saya telah menemui resepi Vanilla Butter Cake yang sangat sesuai dengan selera yang telah saya buat hari minggu lepas di SINI, namun ianya tidak menghentikan usaha saya untuk terus mencuba resepi Vanilla Butter Cake yang lain. 





Untuk cupcake hari ini, saya memilih resepi Perfect Vanilla Cupcake berdasarkan feedback oleh lebih 500 orang yang rata rata memuji hasil cupcakenya. Resepi ini dikongsikan oleh blog Glorious Treats berdasarkan percubaan demi percubaan yang telah dibuat dalam usaha beliau mencari resepi Vanilla Butter Cupcake yang perfect. 

Selain resepi di atas, saya juga mencuba resepi Crabapple Bakery Vanilla Cupcake yang juga resepi terhangat di seluruh dunia. Saya akan kongsikan resepinya di entri akan datang. Untuk Red Velvet pula, saya menggunakan resepi baru yang akan saya kongsikan juga di dalam entri akan datang supaya mudah untuk saya membuat rujukan di masa hadapan.

Kek Vanilla ini sangat gebu, fluffy dan moist. Seriously... to me it's a vanilla cupcake to die for. Permukaannya membukit   dan nampak lapisan atas seperti agak kasar. Namun begitu,  tekstur keknya sangat gebu dan moist. Saya dari dulu lagi memang menggemari kek kek tradisional seperti butter cake, vanilla cake dan marble cake. Masa tu, frosting pun tak suka sangat. Untuk frosting Vanilla Butter Cupcakes kali ini, kami menggunakan Classic Butter Cream frosting yang telah dibuat sebelum ini. Tapi kalau hendak melihat resepi Cream cheese frosting yang dicadangkan oleh Glorious Treats, saya sertakan juga resepinya di bawah.

Saya harap Zatul dan kawan kawan berpuashati dengan kek kek yang kami hasilkan dan maafkan atas segala kekurangan yang ada. Jom layan mata dengan gambar gambar yang sempat diambil.





Perfect Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/4 cawan tepung kek
1 1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 sk pure vanilla extract
1/2 cawan minyak (vegetable, canola or extra light olive oil)
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sk cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)


Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.

Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.

Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.

Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.

Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese

Nota;
Boleh juga dibakar sebagai kek untuk loyang 6 inci atau gandakan adunan untuk loyang bersaiz 8 atau 9 inci.


Vanilla Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
4 oz butter (suhu bilik dalam 10 minit tapi masih sejuk)
8 oz cream cheese (dari peti sejuk)
1 sk pure vanilla extract
4 cawan powdered confectioners sugar
1-4 sb heavy cream/heavy whipping cream/susu

Cara cara:
Masukkan butter di dalam mangkuk dan putar sekejap. Masukkan cream cheese dan putar sehingga sebati selama 30 saat.

Masukkan vanilla extract dan gula dan putar dengan kelajuan perlahan, dan naikkan kelajuan sederhana sehingga ianya menjadi kembang gebu.

Masukkan heavy cream sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi yang diingini dalam 1 minit. Jangan letak banyak jika mahukan frosting kekal selepas di pipe atas cupcake.

Boleh terus digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk untuk selama beberapa hari dan perlu diputar semula sebelum digunakan.

Nota:
Untuk Chocolate Frosting, tambahkan 1/2 cawan unsweetened cocoa ke dalam adunan sebelum dimasukkan gula supaya ianya menjadi sebati dengan butter dan cream cheese.








Label