Entri Populer

Jumat, 01 Februari 2013

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Untuk Hidangan Petang







Sebenarnya telah berminggu minggu saya teringin sekali nak makan Bubur Kacang Hijau. Tapi tak tahu di mana kedai yang ada menjual bubur kacang ni. Yang saya tahu hanyalah Restoran Hassan dan Restoran Ubi Kayu di Taipan USJ. Masalahnya kedua dua restoran tu sekarang berniaga sehingga pukul 5 petang sahaja. Setiap hari saya hanya sampai di sana  untuk mengambil Aween dari sekolah dalam pukul 6. Jadi setiap hari, teringin nak makan tapi setiap hari juga tak berkesempatan. Alahaai dalam hati berkata kata, nampak gaya kenalah masak bubur kacang sendiri.

OK sepagi juga hari ini, saya dan Nana beriadah dalam jalanraya yang penuh sesak di mana mana tu. Oleh kerana kesiankan Nana yang agak susah untuk drive di celah celah jalan yang sempit dan parking kereta Alphard yang besar tu, saya berkorban dengan berjalan kaki jauh jauh juga. Selepas selesai urusan bank di Uptown Damansara, saya terus balik ke Kota Damansara untuk membeli peralatan membuat kek minggu ini. Hajat hati nak ke Jalan TAR terpaksa dilupakan kerana tak tertahan berada berjam jam dalam kereta. Bayangkan untuk satu atau dua urusan, telah mengambil masa hampir setengah hari. Waah masa satu hari, tak terasa bagi mereka yang banyak menghabiskannya di jalan raya seperti my laling hubby yang jadi driver untuk mengambil  dan menghantar anak kami ke sekolah di USJ. Seorang sekolah sessi pagi dan seorang sekolah petang. Sehinggga kini, kami masih mencari pemandu untuk mereka. Sekurang kurangnya my hubby tak lah kepenatan memandu ke sana sini seharian. Nasib baik bekerja sendiri...





Sampai rumah, saya terus memasak Bubur Kacang Hijau sementara Nana bersolat sebab lepas ni dia pula ke dapur untuk membuat Blueberries Cheese Tart. Wah sakan sessi makan makan di Nur Qaseh hari ini. Sekarang kita layan resepi bubur kacang dulu, lepas ni kita layan Blueberries  Cheese Tart hasil air tangan Nana pula....





Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bahan bahan:
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 - 5 ulas durian
Garam

Cara cara:
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.

Didihkan  air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dg api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan

Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk

Kalau suka, masukkan sagu mata ikan.

Masukkan pula cairan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan

Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat

Hidangkan bersama teh O dari Ahmed Tea perisa epal, tentu sedap sekali.  Kami cicah dengan roti gardenia





Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Label