Entri Populer

Minggu, 27 Januari 2013

Puding Karamel Khas Untuk Lina






Saya juga menyediakan Puding Karamel atas permintaan adik ipar untuk majlis Bonda Mertua malam Ahad lalu. Beliau meminta supaya saya membuat Puding Karamel kerana teringin  makan karamel hasil air tangan saya. Membuat puding ini sangat simple tetapi disebabkan ketiadaan pengukus yang besar, menyebabkan mengukusnya memakan masa berjam jam lamanya jika dibuat dalam jumlah yang banyak. Tapi Alhamdulillah kerana dapat juga disiapkan dan sempat disejukkan seketika di dalam peti ais sebelum dibawa ke Rawang. Puding Karamel memang sedap dimakan dalam keadaan sejuk. 

Sebenarnya sejak beberapa hari lepas, banyak perkara yang saya fikirkan. Saya lihat, dengar dan mahu ianya dijadikan pengajaran terutama untuk saya dan anak anak tentang erti cinta sejati. Bagaimana melahirkan cinta dan kasih sayang abadi yang dipesan berkali kali dalam Al Quran dan Hadis. Namun saya tidak bersedia untuk menulisnya di sini kerana dirasakan ianya baik disimpan sahaja di dalam hati dari berkata kata. Cuma harap anak anak mengingati apa yang dipesan kerana mama menyayangi kalian semua dengan sama rata.






Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Label