Entri Populer

Selasa, 29 Januari 2013

Red Velvet Cupcake Untuk Tempahan Lagi







 
Selain Vanilla Cupcakes, tempahan juga diterima untuk Red Velvet Cupcakes. Kali ini, saya menggunakan resepi baru Red Velvet. Resepi ini adalah resepi ke4 Red Velvet Cake yang telah saya cuba. Perbezaan antara kesemuanya ialah   penggunaan butter atau minyak. Kali ini saya ingin mencuba resepi yang masih menggunakan minyak dari blog Diva Can Cook hasil gabungan 3 resepi terbaik yang telah pernah beliau cuba. Saya tertarik kerana resepi ini dikatakan sebagai "Masterpiece". Cara penyediaannya yang lebih simple malahan baking soda dan cuka tidak perlu disatukan sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Boleh jer terus dimasukkan. Dengan cara ini, kerja kerja membasuh peralatan selepas memasak juga dapat dikurangkan. Maklumlah, kami tidak punya pembantu rumah. Selain itu, resepi ini juga menggunakan plain hot coffee di dalamnya yang tak pernah saya lihat dalam mana mana resepi Red Velvet yang telah saya temui setakat ini. 

Setakat ini, saya rasa resepi yang tiga ini adalah yang terbaik. Ambik sahaja mana mana satu yang disukai kerana semuanya sedap dan moist. Malahan saya rasa tak perlu lagi mencari resepi Red Velvet yang lain kerana kesemuanya hampir sama antara satu sama lain. Yang berbeza hanyalah sukatan dan cara penyediaannya.

Pada yang menggemari kek Red Velvet yang moist, pasti akan sukakan kek ini. Memang sangat moist. Tapi saya sendiri suka kek lembab yang sedang sedang sahaja. Bak kata Iwan dalam senikata lagunya, "Dia tidak cantik,  Mak, dia tidak lawa, Mak. Yang  sedang sedang saja. Yang penting dia setia". Apa apa pun selera masing masing berbeza, kan. Seramai lebih dari 300 orang yang telah mencuba resepi ini memberikan maklumbalas yang tersangat positif. Dikatakan sebagai the best ever Red Velvet cake dan sebagainya. Hatta ada yang menulis sebagai masterpiece recipe for Red Velvet cake. Haaa hebat sangat tu, Jika anda teruja, bolehlah cuba membuatnya sendiri.  Jom layan resepi di bawah dulu...




The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb)
1 sk white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)


Bahan bahan:
Panaskan oven pada 170C.

Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan. 

Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.

Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.

Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.

Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Nota:
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.


Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (1/2 cawan atau 4 oz)
2 sk vanilla extract
4 cawan powdered sugar

Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.

Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum  dimasukkan baki gula.

Kacau sehingga smooth dan fluffy.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Label