Entri Populer

Jumat, 04 Januari 2013

Red Velvet Cupcake Tempahan Pertama 2013







Kali ini saya ingin berkongsi pula gambar gambar Red Velvet Cupcake dengan Creamcheese frosting yang ditempah oleh rakan sepejabat saya. Beliau terpandang gambar Red Velvet cupcake dalam handphone saya semasa beliau menengok gambar Nana pada hari pertunangan baru baru ini. Bila saya memberitahu yang cake itu ditempah, beliau bertanya samada saya boleh membuatnya secepat yang boleh. Saya lantas memberitahu bahawa jika dia mahu, keesokannya saya boleh membawanya ke pejabat. Sebelah malamnya, kami membakar kek dan pagi pagi sebelum ke pejabat, dipaipkan frostingnya supaya ianya kelihatan fresh. 

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Illahi ini. Oleh kerana perlu menghantarnya pagi pagi hari dan rushing ke pejabat, telah terlupa nak mengambil gambar cupcake yang telah dimake up dengan frosting menggunakan resepi yang baru. Jangan marah ya, saya guna gambar lama untuk gambar bermake up di atas tu. Kalau tak ada gambar, entri jadi tak berapa menarik dan tak meriah kannn... Gambar yang lain lain, adalah gambar yang di snap malam tadi sebaik dikeluarkan dari oven.

Di samping itu, saya ingin catatkan di sini resepi Creamcheese Frosting yang dikatakan sangat mudah menyediakannya dan sangat sedap. Resepinya diambil di SINI di mana penulisnya menggunakan resepi ini berdozen dozen atau beratus kali. Jom kita tengok resepi dulu.




Vanilla Cream Cheese Frosting  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 oz butter (suhu bilik dalam 10 minit tapi masih sejuk)
8 oz cream cheese (dari peti sejuk)
1 sk pure vanilla extract
4 cawan powdered confectioners sugar
1-4 sb heavy cream/heavy whipping cream/susu

Cara cara:
Masukkan butter di dalam mangkuk dan putar sekejap. Masukkan cream cheese dan putar sehingga sebati selama 30 saat.

Masukkan vanilla extract dan gula dan putar dengan kelajuan perlahan, dan naikkan kelajuan sederhana sehingga ianya menjadi kembang gebu.

Masukkan heavy cream sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi yang diingini dalam 1 minit. Jangan letak banyak jika mahukan frosting kekal selepas di pipe atas cupcake.

Boleh terus digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk untuk selama beberapa hari dan perlu diputar semula sebelum digunakan.

Nota:
Untuk Chocolate Frosting, tambahkan 1/2 cawan unsweetened cocoa ke dalam adunan sebelum dimasukkan gula supaya ianya menjadi sebati dengan butter dan cream cheese.






Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Label